Blogger Backgrounds

LAILAHAILLALLAH

LAILAHAILLALLAH

Rabu, 17 November 2010

KERANA AKU SAYANG KAMU

Diamku tak bererti aku membenarkan

Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan

Bisingku tidak bererti aku menyalahkan

Bukan juga melukakan

Tapi kerana aku amat menyayangimu

Maka aku cuba sedaya yang termampu

Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya

Di bumi yg terbentang luas ini

Kerana sayangku kepadamu

Maka aku cuba... dan terus mencuba!

Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri

Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan

Andai aku jumpa jalan

Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang

Aku akan! Itu janjiku!

Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris

Terguris dengan tindakanmu

Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya

Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci

Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap

Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu

Namun tiba-tiba aku sedar

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Aku sama saja sepertimu

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini

Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku

Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku

Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?

Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..

Tak mahu..!

Kerana aku sayang kamu..

Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!

Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk

Aku akan terus mencuba

Kerana aku sayang kamu..

Isnin, 15 November 2010

BERSABARLAH

bErsabarlah..di atas sEtiap kEpayahan yang engkau rasakan..
kErana engkau harus yakin dEngan sEbenar-bEnar kEyakinan..bahawa DIA akan mEngira sEtiap lelah dah kEpahitan yang engkau pErtahankan..

bErsabarlah..di atas sEtiap titisan air mata yang engkau korbankan..
kErana engkau harus ingat..bahawa pErjuangan ini bukan mudah..
bErapa ramai orang yang lemas dan karam di dalamnya.. maka, kuatkanlah hatimu, agar engkau tidak lagi mEnjadi salah seorang mangsanya..

bErsabarlah..dEngan secEbis iman yang hampir lunyai ini..
jika hanya itu yang engkau masih ada..maka, genggamlah ia sEkuat-kuatnya..
jangan biarkan ia tErlepas lagi..takut nanti engkau sudah tidak mampu mEnemukannya lagi..

bErsabarlah..usahamu ini bukan sia-sia..
cuma..kadang kemEnangan itu yang lewat tiba..
0

Ahad, 14 November 2010

ANGGUN PESONA AURAT TERPELIHARA

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.

Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian. Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.

Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.

BAGAIMANA NAK BERCOUPLE CARA ISLAM?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

ANUGERAH CINTA

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

HAYATILAH

Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :

  • Menolak ajakan kita untuk keluar.
  • Tidak selalu mengadu kesedihannya.
  • Cemburu pada tempatnya.
  • Mengajak kita untuk bertahajud.
  • Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.
  • Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.
  • Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.
  • Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.

Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :

  • Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.
  • Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.
  • Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.
  • Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.
  • Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.
  • Mengajak kita membuat dosa.
  • Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.
  • Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari.

Sabtu, 16 Oktober 2010

BAKAL ISTERIKU

Untukmu, Bakal isteriku..Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...